Saturday 3 November 2012

MAKE ME STRONG



pada hamparan dunia punya dusta yang kini mengaburi mata.
sehingga tidak dilihat panjangnya hidup sampai akhirat.
lantas fikiran terus tersekat.
yang berlegar dikepala hanya hidup yang sementara.
dunia itu tidak salah.
cuma manusia yang buta.
lalu meraba-raba dihamparan dunia.
manusia itu sering leka.
ditambah pula tiada sapaan menjengah
hati beku.
jasad menjadi lesu.
fikiran mati kutu
letih mencari kepuasan nafsu.
kejayaan dunia yang lebih dititikberatkan.
diabaikan akhirat yang abadi.
sungguh manusia kini tertipu dengan tipuan dunia yang terus bermaharajalela.
ayuh!
bangun lah jasad yang punya roh dan jiwa.
terangi kekaburanmu pada dusta dan nista dunia.
dunia bukan tempat mencari dan melepas kepuasan yang bertuhankan nafsu .
tapi dunia punya medan.
medan yang padanya tempat kita berjuang.
perjuangan tidak pernah henti.
perjuangan yang tidak mengenal putus asa.
walau rebah tersungkur dimuka bumi.
tapi manusia terus gagah berdiri.
kerana meraka punya Dia yang maha mengerti.
pinta mereka untuk terus tegak berdiri.
walaupun ombak menghempap diri.
tidak sekali mereka peduli.
kerana mereka tahu.
mereka punya Dia.
Tuhan yang satu.

No comments:

Post a Comment