Saturday 3 November 2012

MAKE ME STRONG



pada hamparan dunia punya dusta yang kini mengaburi mata.
sehingga tidak dilihat panjangnya hidup sampai akhirat.
lantas fikiran terus tersekat.
yang berlegar dikepala hanya hidup yang sementara.
dunia itu tidak salah.
cuma manusia yang buta.
lalu meraba-raba dihamparan dunia.
manusia itu sering leka.
ditambah pula tiada sapaan menjengah
hati beku.
jasad menjadi lesu.
fikiran mati kutu
letih mencari kepuasan nafsu.
kejayaan dunia yang lebih dititikberatkan.
diabaikan akhirat yang abadi.
sungguh manusia kini tertipu dengan tipuan dunia yang terus bermaharajalela.
ayuh!
bangun lah jasad yang punya roh dan jiwa.
terangi kekaburanmu pada dusta dan nista dunia.
dunia bukan tempat mencari dan melepas kepuasan yang bertuhankan nafsu .
tapi dunia punya medan.
medan yang padanya tempat kita berjuang.
perjuangan tidak pernah henti.
perjuangan yang tidak mengenal putus asa.
walau rebah tersungkur dimuka bumi.
tapi manusia terus gagah berdiri.
kerana meraka punya Dia yang maha mengerti.
pinta mereka untuk terus tegak berdiri.
walaupun ombak menghempap diri.
tidak sekali mereka peduli.
kerana mereka tahu.
mereka punya Dia.
Tuhan yang satu.

Monday 25 June 2012

REBUT



Masa tetap berlalu. Berdisiplin teguh dengan tugasnya. Tanpa henti. Kita pula? Ada yang sedar, ada yang tahu, ada yang tak ambil tahu, dan ada juga yang buat-buat tak tahu bahawa masa begitu pantas mengejar melepasi kita. Pejam celik pejam celik, buka kalendar, tengok-tengok dah pun masuk Syaban. Belek punya belek, Syaban dah pun hampir semiggu berlalu. Tapi bila fikir dan renung semula, apa yang dah kita lakukan sepanjang bulan Rejab?? Iaitu antara bulan yang istimewa buat kita dan antara bulan yang dipenuhi latihan-latihan amali untuk mempersiapkan diri mengahadapi Ramadhan al-Mubarak. Dan apa pula yang akan kita lakukan dengan bulan Syaban yang masih berbaki? Dan apakah kita sudah bersedia untuk menghadapi satu bulan yang sangat mulia bagi umat Islam iaitu Ramadhan? Alangkah ruginya jika peluang yang ada dilepaskan begitu sahaja. 



PELUANG

Ya, memang benar kita sudah pun terlepas peluang di bulan Rejab. Tetapi adakah kita hendak merenung meratapi perkara yang lepas dan akhirnya kita langsung bergerak untuk melakukan perubahan? Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran. Perkara yang lepas kita jadikan pengajaran. Bukan untuk diratapi semata. Masih belum terlambat untuk kita membuka langkah penghijrahan. Jadi, ayuh sama-sama kita gunakan peluang sebaiknya agar kita dapat gunakan kebaikan itu pada bulan Ramadhan yang bakal menyusul tidak lama lagi. Jom!! :)





Sunday 24 June 2012

PANDANGAN



Lagu lama. Tapi lirik sepanjang zaman. tersirat pengajaran. :)

Hati itu raja dalam diri.
Bertakhtanya ia biar berbudi.








Thursday 21 June 2012

KEIZINAN-NYA

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan. Allah itu Maha Adil.
Yang dinilai ialah niat dan usaha.
DIA datangkan pula sokongan dan dorongan. Allah itu Maha Kaya kan.

Dah lama pasang niat nak ada blog. Boleh kongsi-kongsi ilmu. Dan dah banyak kali juga try wujudkan blog sendiri. Tapi selalu ja ada problem dan tak menjadi-jadi. Last2 terhenti saja niat tu.

Tapi kali ni alhamdulillah. Masih diberi peluang. Semangat pon ada. Jalannya pon ada, cumanya hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Atas sokongan dari sahabat dan juga keizinan Allah Ta'ala, akhirnya saya punya satu blog sendiri. Moga-moga halaman ini menjadi satu medan ilmu.

Yang baik diambil sebagai pelajaran, yang buruk dijadikan sempadan.

|Jum'ah Mubarok| Jangan lupa baca kahfi ya! ;)