Monday 25 June 2012

REBUT



Masa tetap berlalu. Berdisiplin teguh dengan tugasnya. Tanpa henti. Kita pula? Ada yang sedar, ada yang tahu, ada yang tak ambil tahu, dan ada juga yang buat-buat tak tahu bahawa masa begitu pantas mengejar melepasi kita. Pejam celik pejam celik, buka kalendar, tengok-tengok dah pun masuk Syaban. Belek punya belek, Syaban dah pun hampir semiggu berlalu. Tapi bila fikir dan renung semula, apa yang dah kita lakukan sepanjang bulan Rejab?? Iaitu antara bulan yang istimewa buat kita dan antara bulan yang dipenuhi latihan-latihan amali untuk mempersiapkan diri mengahadapi Ramadhan al-Mubarak. Dan apa pula yang akan kita lakukan dengan bulan Syaban yang masih berbaki? Dan apakah kita sudah bersedia untuk menghadapi satu bulan yang sangat mulia bagi umat Islam iaitu Ramadhan? Alangkah ruginya jika peluang yang ada dilepaskan begitu sahaja. 



PELUANG

Ya, memang benar kita sudah pun terlepas peluang di bulan Rejab. Tetapi adakah kita hendak merenung meratapi perkara yang lepas dan akhirnya kita langsung bergerak untuk melakukan perubahan? Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran. Perkara yang lepas kita jadikan pengajaran. Bukan untuk diratapi semata. Masih belum terlambat untuk kita membuka langkah penghijrahan. Jadi, ayuh sama-sama kita gunakan peluang sebaiknya agar kita dapat gunakan kebaikan itu pada bulan Ramadhan yang bakal menyusul tidak lama lagi. Jom!! :)





No comments:

Post a Comment